Apple Menawarkan Dua Warna Baharu Untuk Tali Jam Solo Loop Dan Sport Band – Plum Dan Northern Blue

TechnologyDigital
12 Nov 2020 • 3:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Solo Loop adalah antara tali jam serba baharu dari Apple yang dilihat menarik untuk digunakan. Ini kerana ia adalah sejenis gelang getah yang perlu disarung begitu sahaja. Tali jam ini turut ditawarkan dalam banyak pilihan warna dan ada banyak pilihan saiz.

image is not available

Terkini, Solo Loop dan Sport Band ditawarkan dalam dua warna baharu – iaitu Plum dan Northern Blue. Plum adalah warna ungu, manakala Northern Blue adalah warna biru cair. Ini menambah lagi pilihan kustomasi pada tali jam, boleh memilih muka jam yang lebih sesuai dan turut boleh padankan dengan pelbagai rekaan pakaian harian.

Harga jualan bagi setiap tali jam ini masih kekal sama, iaitu RM199 untuk kedua-duanya sekali Solo Loop dan Sport Band. Bagi yang tidak tahu, walaupun kedua-dua tali jam ini kelihatan lebih kurang sama – Solo Loop menggunakan bahan Liquid Silicone Rubber dan Sport Band pula menggunakan bahan Fluoroelastomer.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved