Lilium Mengumumkan Pelan Membina Lapangan Teksi Terbang Di Florida

TechnologyDigital
13 Nov 2020 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teksi terbang yang bermula sebagai idea yang dianggap tidak praktikal tetapi kini mula dipandang serius dengan penglibatan syarikat aeroangkasa seperti Boeing dan Airbus. Lilium ialah sebuah syarikat tunas rintis yang melalukan penerbang sulung teksi terbang mereka pada tahun 2017. Mereka kini cukup yakin dengan teksi terbang Lilium Eagle mereka dan merancang membina lapangan teksi terbang di Florida menjelang 2025.

image is not available

Lapangan terbang ini akan berfungsi untuk menjadi hub kepada penumpang yang tinggal di dalam lingkung 300 kilometer yang merupakan jarak perjalanan maksimum pesawat yang berkuasa bateri ini. Setiap teksi terbang boleh membawa sehingga 5 penumpang, lebih banyak berbanding hanya 2 yang mampu dibawa oleh Volocopter. Ia juga mampu terbang sehinga kelajuan 300 km/j yang juga lebih laju kerana rekaannya yang unik.

image is not available

Lilium menggunakan rekaan kipas selongsong sendeng (tilt ducted fans) yang membolehkan pesawat terbang secara menegak seperti helikopter sebelum terbang mendatar menggunakan sayap seperti pesawat konvensional.