Selama ini, apabila Menteri-Menteri Kewangan menbentangkan belanjawan negara setiap tahun, mereka akan hadir ke bangunan Parlimen dengan sebuah beg yang dimuatkan dengan teks ucapan yang akan dibentangkan dihadapan ahli-ahli Parlimen.
Pada tahun ini, Dato’ Seri Tengku Zafrul Aziz telah mengatakan bahawa tahun ini, kerajaan akan mula memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar, dan mengurangkan penggunaan kertas.
Kerajaan sentiasa memantau rapat keadaan semasa COVID-19 seluruh negara dengan usahasama pelbagai Kementerian dan Agensi. Orang ramai juga dinasihati berhati-hati dengan berita palsu, semak sebelum “share”, kerana ia boleh memberi kesan kepada individu dan perniagaan. ⠀⠀ pic.twitter.com/WDFUA8TmQr
Belanjawan tahun ini telah dibentangkan secara paperless, malah, teks ucapan beliau telah diedarkan kepada ahli-ahli parlimen menggunakan kod QR supaya ia boleh dibaca menggunakan peranti-peranti masing-masing tanpa membazir kertas.
Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insiatif kelestarian seperti SAVE 2.0 dan juga Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti untuk memastikan bahawa sumber-sumber semula-jadi negara ini boleh dinikmati oleh generasi akan datang.
