PlayStation 5 Dilancar Di Malaysia Pada 11 Disember – RM1869 Untuk PS5 Digital, RM2299 Untuk PS5 Ultra HD Blu-Ray

TechnologyDigital
11 Nov 2020 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penantian untuk konsol generasi terkini Sony PlayStation 5 akan berakhir sebulan dari sekarang. Sony Malaysia akhirnya mengesahkan konsol PlayStation 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. Pra-tempahan dibuka dengan PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

image is not available

Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149). Pratempahan akan dibuka bermula esok 12 November 2020 di beberapa Sony Store dan penjual terpilih, Untuk senarai lengkap lokasi pratempahan anda boleh pergi ke pautan di bawah.