Sony Xperia 1 II Turut Akan Menerima Kemaskini Android Sehingga 3 Tahun

TechnologyDigital
2 Nov 2020 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Secara lazimnya peranti Sony akan menerima kemas kini versi Android selama dua tahun sahaja selepas pembelian sebelum hanya diberikan kemas kini tampalan sekuriti. Bagi pengguna Sony Xperia 1 II, Sony mengesahkan ia akan menerima kemas kini sistem operasi selama 3 tahun.

Sony nampaknya mengikuti jejak Google, Samsung, Nokia,Poco dan OnePlus. Tindakan ini amatlah maakul memandangkan ia antara peranti yang dijual pada harga melebihi $1000. Sokongan yang lalu perlu diberikan bagi mengelakkan pengguna perlu bertukar ke peranti baru kerana inginkan sistem operasi yang terkini. Di Malaysia Xperia 1 II hanya akan dipasarkan bermula Disember ini pada harga RM 4999 sebuah.

View Original Article