Bukan Lakonan, Gadis Ini Kongsikan Tourette Syndrome Bertujuan Memberi Kesedaran

27 Nov 2020 • 5:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Korang pernah tak tengok filem hindustan yang berjudul, Hichki? Kalau pernah, mesti korang tahu pasal tourette syndrome ni kan? Tapi, bagi yang tak tahu tu meh sini kami jelaskan.

Menurut laporan Alodokter, tourette syndrome atau lebih mudah dipanggil sebagai tic ini merupakan satu gangguan yang tiba-tiba penghidap sindrom ini melakukan ucapan atau pergerakan secara berulang kali tanpa disedari. Malah, segala kelakuannya adalah diluar kendalian mereka.

image is not available
Kredit: Credihealth

Kalau sebelum ni kita sering melihat orang di negara Barat saja yang menghidap penyakit tic ini, namun ternyata di Malaysia juga ada iaitu Dayang Alani yang berusia 20 tahun.

Katanya, semenjak usianya 10 tahun gadis cantik ini dikatakan menghidap sindrom tersebut, bahkan sehingga kini dia masih tidak dapat mengawal pergerakannya lagi.

@daylandalani

Hello, friends! 💕✨#tourettes #tourettesyndrome #tics #tourettesawareness #malaysiantourette #fyp #foryoupage #ticsawareness

♬ Coffee for Your Head – Vinyll

image is not available
Kredit: TikTok/@daylandalani

Dayang Alani atau lebih mesra disapa sebagai Alani ini telah memuat naik video yang memperkenalkan dirinya yang merupakan penghidap sindrom tourette menerusi aplikasi TikToknya itu.

Tambahnya lagi, perkongsian video tersebut hanyalah bertujuan mahu menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang sindrom yang dihadapinya itu. Dia juga turut memaklumkan kelakuan mereka yang menghidap penyakit tic ini di videonya.

Justeru itu, rata-rata videonya mendapat sokongan dan galakan dari masyarakat akan kesungguhannya mahu memberikan kesedaran kepada mereka yang mungkin ramai tidak peka akan tourette syndrome sebelum ini.

image is not available
Kredit: TikTok/@daylandalani

image is not available
Kredit: TikTok/@daylandalani

Katanya lagi, terdapat segelintir mereka yang mengalami sindrom ini dapat mengawal pergerakan sekiranya mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap perkara yang dilakukan.

Alani yang mengalami sindrom tic yang dipanggil Echolalia ini dikatakan hanya mengulang semula perkataan yang sama. Tetapi agak berbeza dengan gejala sindrom Coprolalia pula iaitu menyebabkan penghidap sindrom tersebut mencarut tanpa sengaja.

Dia turut memberitahu bahawa dirinya pernah kehilangan fokus ketika berada di dalam kelas setiap kali penyakit tic itu datang pada waktu yang sama.

Tambah lagi, penyakit tic ini akan menyerang Alani ketika berada dalam keadaan gementar sehinggakan Alani akan mengeluar kata-kata seperti mencarut tanpa disedarinya.

Harap perkongsian dari Dayang Alani dapat kita sama-sama mengenali akan tourette syndrome ini. Jangan mengatakan ianya hanyalah lakonan jika anda sendiri tidak tahu akan sindrom ini lebih mendalam. Jaga perasaan mereka kerana mereka juga sama seperti kita.