Ayda Jebat & Nabil Mahir Nikah 1 Januari 2021

Entertainment
7 Nov 2020 • 11:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat hari ini mengumumkan yang dia dan tunangnya pengacara, Nabil Mahir bakal berkahwin pada 1 Januari 2021

Perkara itu dikongsikan Nabil dan Ayda menerusi program #Bilaydajatuhcinta Ep1 di saluran laman Youtube mereka berdua, iaitu Wuvv Show.

image is not available

Ayda sebelum ini memberikan hint kepada rakan dan pengikutnya di Instagramnya yang dia bakal membuat pengumuman mengenai tarikh tersebut pada Jumaat, 9 malam namun disebabkan masalah teknikal mereka terpaksa menangguhkannnya dan berkongsi berita gembira tersebut pada pagi Sabtu, 7 November 2020.

image is not available

Yang pasti perkhabaran tersebut disambut dengan gembira oleh rakan industri, dan peminatnya dengan ucapan tahniah.

Terdahulu mereka berdua melangsungkan pertunangan secara online pada 28 April 2020 susulan pelaksanaan PKP, sebulan selepas Nabil melamar kekasihnya itu pada harijadinya yang ke-28 pada 17 Mac.

image is not available

Kami doakan segala perancangan Ayda dan Nabil untuk majlis pernikahan tersebut dipermudahkan ! Tahniah dari kami!!

Tonton video pengumuman tersebut di bawah :

View Original Article