HP Kini Menduduki Tangga Pertama Dalam Pasaran Komputer Riba, Mendahului Lenovo – Apple Ditangga Ke-4

TechnologyDigital
18 Nov 2020 • 12:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Strategy Analytics kini telah mengeluarkan angka terkini berkaitan dengan pasaran komputer riba. Melalui angka yang dikeluarkan untuk suku ketiga 2020 yang lepas, ia memperlihatkan HP kini menerajui pasaran kommputer riba diperingkat global.

image is not available

Hal ini sekaligus memperlihatkan buat pertama kalinya selepas sekian lama, Lenovo ditewaskan. Lenovo hanya dibelakang HP dengan perbezaan 0.1% pegangan pasaran. HP mempunyai pegangan sebanyak 14.7%, sementara Lenovo sebanyak 14.6%.

Menduduki tangga ketiga adalah Dell, dan ia diikuti oleh Apple pada tangga ke-4, dan Acer pada tangga ke-5.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, ia dilihat ramai yang mula mendapatkan komputer riba untuk tujuan pembelajaran, mahupun untuk bekerja dari rumah.

Secara keseluruhan, semua pengeluar memperlihatkan peningkatan jualan dari tahun lepas. Adakah mungkin kita akan melihat momentum ini terus berkekalan pada suku tahun akan datang juga?