Ketenteraan US beli data 98 juta umat Islam pengguna Muslim Pro

Technology
17 Nov 2020 • 2:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PADA zaman teknologi serba canggih ini, SinarPlus percaya ramai antara kita menggunakan aplikasi Muslim Pro.

Mana tidaknya, dalam aplikasi itu kita dapat mengetahui waktu solat, arah kiblat, bacaan al-Quran, himpunan doa, kata-kata motivasi dan banyak lagi yang sangat memudahkan walau di mana kita berada.

Namun, sangat mengejutkan apabila Vice melaporkan, aplikasi Muslim Pro yang telah dimuat turun hampir 98 juta umat Islam seluruh dunia dikatakan telah menjual data lokasi pengguna kepada ketenteraan US untuk sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menurutnya, salah satu pembeli data itu ialah bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait isu anti-keganasan dan anti-pemberontakan seluruh dunia.

Difahamkan juga, ketenteraan AS turut dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara.

Cara pertama dengan menggunakan alat pengesan bernama Locate X dan kedua pula guna syarikat X-Mode. Syarikat ini akan mendapat data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada pihak ketiga.

Lapor portal tempatan memetik Vice, aplikasi Muslim Pro banyak mengirim data pengguna kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki.

Namun, sehingga kini Muslim Pro masih tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkaitan perkara berkenaan.

Katanya, selain Muslim Pro, aplikasi cari jodoh Muslim Mingle turut menjual data kepada X-Mode.

Alahai, kalau begitu kejadiannya, terpulang pada korang selepas ini untuk terus menggunakan aplikasi Muslim Pro atau sebaliknya untuk uninstall.

Baca juga Pengeluaran i-Sinar KWSP akaun 1 perlu diganti semula

The post Ketenteraan US beli data 98 juta umat Islam pengguna Muslim Pro appeared first on Sinar Plus.