TM Hadir Dengan Laman Direktori Peniaga Atas-Talian Tempatan – Cari@Unifi

TechnologyDigital
3 Nov 2020 • 8:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini hadir dengan sebuah laman direktori yang menghimpunkan pelbagai peniaga atas-talian tempatan, dan disusun mengikut kategori, melalui apa yang dinamakan sebagai Cari@Unifi.

Melalui laman berkenaan, ia memudahkan anda menemui pelbagai peniaga tempatan, dan menyokong mereka dengan melakukan pembelian dari mereka. Laman Cari@Unifi berfungsi lebih sebagai direktori, dimana pengguna akan dihubungkan ke halaman penjual atau akaun WhatsApp mereka.

image is not available

Bagi para peniaga, anda juga turut boleh menyenaraikan perkhidmatan di laman ini dengan mudah. TM dilihat telah menawarkan laman sehenti ini sejak dari bulan Ogos lepas.

Layari : Cari@Unifi