Kini Anda Boleh Menikmati Perkhidmatan Penstriman Muzik Tidal Pada Harga Serendah RM1 Untuk 4 Bulan

TechnologyDigital
27 Nov 2020 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular, memfokuskan kepada penawaran lagu dengan kualiti tinggi.

Menariknya, kini untuk tempoh terhad, Tidal hadir dengan penawaran promosi, membolehkan anda melanggan pada harga serendah RM1 untuk tempoh 4 bulan bagi Tidal Premium, atau Tidal HiFi pada harga serendah RM2 untuk 4 bulan.

image is not available

Harga langganan akan berubah kepada harga langganan biasa selepas promosi ini tamat.

Namun, bagi anda yang meminati muzik, dan ingin mencuba salah satu perkhidmatan penstriman dengan fokus terhadap kualiti tinggi, boleh melanggan perkhidmatan Tidal ini hari ini.

Beli : Tidal Promo BlackFriday