Facebook Messenger Dan Instagram Menerima Fungsi “Vanish Mode” – Mesej Akan Menghilang Selepas Dibaca

TechnologyDigital
13 Nov 2020 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp baru-baru ini menawarkan fungsi mesej menghilang. Fungsi ini akan memadam mesej selepas tujuh hari ia dihantar. Fungsi ini sebenarnya sudah lama ada di Telegram atau Snapchat dan masing-masing ada iterasi tersendiri. Kini giliran Facebook pula kerana, Facebook Messenger dan Instagram kini hadir dengan fungsi Vasnish Mode.

image is not available

Vanish Mode adalah fungsi mesej yang menghilang selepas ia dihantar juga. Facebook ingin memberikan pengalaman pemesejan yang lebih menarik dan seronok digunakan. Mesej akan menghilang selepas sesuatu mesej itu dibaca dan/atau pengguna keluar dari Messenger.

image is not available

Disebabkan ini adalah dari Facebook, Instagram turut akan menerima fungsi yang sama untuk DM mereka. Untuk menggunakan fungsi ini, hanya tatal ke atas dalam ruang pemesejan untuk aktifkan dan tatal kembali ke bawah untuk kembali normal.

Muat Turun Facebook Messenger Di Play Store

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved