Google Melanjutkan Sokongan Chrome Untuk Windows 7 Sehingga 2022

TechnologyDigital
21 Nov 2020 • 8:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini menyaksikan pelbagai syarikat melaksanakan kaedah bekerja dari rumah, sekaligus sedikit menyukarkan proses naik-taraf penggunaan peranti dan teknologi di tempat kerja. Selari dengannya, sejumlah penyedia perisian turut melanjutkan sokongan untuk beberapa sistem yang lama.

Google adalah salah satu daripadanya, dan kini melanjutkan tempoh sokongan Chrome untuk Windows 7 selama 6 bulan lagi.

Pada awalnya, Google menyasarkan untuk menamatkan sokongan Chrome untuk Windows 7 pada 15 Julai 2021. Namun, kini mereka melanjutkan enam bulan lagi, dan akan menyokongnya sehingga 15 Januari 2022 kelak.

image is not available

Google mengatakan langkah ini diambil kerana ramai pengguna perusahaan masih bergantung kepada sistem operasi Windows 7. Mengikut bancian, sekitar 21% perusahaan masih dalam proses berpindah ke sistem operasi Windows 10 terbaru.

Dengan langkah ini, anda masih boleh kekal menggunakan Chrome pada Windows 7 untuk tempoh sehingga awal 2022 kelak.