3 Lagi Peranti Dalam Siri Redmi Note 9 Akan Dilancarkan – Mungkin Kamera 108MP Dan Akan Diuji Oleh DXOMark

TechnologyDigital
3 Nov 2020 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 9 adalah antara peranti dalam siri Redmi yang berbaloi dimiliki. Ia bukan sahaja mampu milik, tetapi turut memuatkan spesifikasi yang agak hebat. Terkini, menurut salah seorang peniris yang terkenal DigitalChatStation – bulan November ini akan ada tiga lagi peranti dalam siri Redmi Note 9.

image is not available

Salah satu peranti ini dikatakan akan mempunyai kamera 108MP. Ia mungkin menggunakan sensor dari Samsung, iaitu ISOCELL Bright HM2. Sebelum ini dua peranti dengan nombor model M2007J22C dan M2007J17C telah tersenarai sebagai peranti 5G baharu dan akan menyokong sistem pengecasan pantas 22.5W dan 30W. Peranti ini turut mungkin akan memfokuskan kepada kamera, kerana sumber menyatakan ia akan diuji oleh DXOMark. Untuk cip pemprosesan pula, ia mungkin akan dijana dengan Snapdragon 750G. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.