Vape, Rokok Elektronik Dikenakan Duti Eksais 10% Bermula 1 Januari 2021

6 Nov 2020 • 6:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul menerusi pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti eksais sebanyak 10% bagi semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape bermula bulan 1 Januari 2021.

Selain itu mereka juga akan mengenakan cuti eksais sebanyak 40 sen per ML bagi cecair rokok elektronik atau e-Liquid.

image is not available

Tambah beliau, selain vape beberapa produk lain juga termasuk didalam peraturan baru ini seperti Shisha ,Hooah Selain vape,beberapa produk lain juga akan tertakluk dibawah peraturan baru ini, termasuk shisha hookah dan smoking pipe.

Terdahulu kerajaan Malaysia sejak 2019 telah mula melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan produk rokok elektronik termasuk vape .

Usaha tersebut mendapat sambutan baik dari kalangan pengusaha dan peniaga rokok elektronik dan cecair e-rokok malah mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan jika perundangan tersebut dilaksanakan

Secara rekod Malaysia mempunyai komuniti pengguna vape dan rokok eletronik yang besar. Selain itu negara kita merupakan negara kedua terbesar di dunia yang mengeksport cecair vape.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved