[5 GAMBAR] Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz

2 Nov 2020 • 4:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

WALAUPUN bukan daripada pengakuan tuan punya badan sendiri, namun seakan sudah sah bahawa pengacara dan ahli perniagaan Neelofa telah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.

Majlis merisik itu dikatakan berlangsung dalam satu majlis serba sederhana di kediaman keluarga selebriti itu semalam yang hanya dihadiri oleh kedua belah pihak.

Malah ada desas-desus yang mengatakan bahawa pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan pada bulan Mac tahun hadapan.

Artikel terdahulu: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

Hari ini tular beberapa keping gambar sekitar majlis merisik tersebut di Twitter.

Selain daripada gambar bersama keluarga, turut kelihatan beberapa dulang hantaran yang menguatkan dakwaan majlis merisik tersebut.

Turut dikongsikan adalah gambar ketika solat sedang diadakan yang mana kelihatan PU Riz menjadi imam.

Di sini SinarPlus kongsikan momen istimewa permulaan kepada lembaran baru kehidupan personaliti kesayangan ramai ini.

image is not available
Lofa dan adik-beradik bersama PU Riz.

image is not available
Gambar Lofa bersama keluarga dan rombongan daripada pihak lelaki.

image is not availableLofa sekeluarga bersama PU Riz.

image is not available
Keihatan  juga PU Riz mengimamkan solat di kediaman Lofa semalam.

The post [5 GAMBAR] Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz appeared first on Sinar Plus.