Covid-19: Kes baharu, pulih kekal empat digit

28 Nov 2020 • 6:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 NOV: Kes baharu dan pulih Covid-19 kekal empat digit hari ini dengan catatan 1,315 jangkitan baharu serta 1,110 sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu, 1,310 melibatkan kes tempatan manakala lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Jumlah kes aktif sebanyak 11,508. Sehingga kini 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 43 memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak empat kes kematian dicatatkan hari ini melibatkan tiga bukan warganegara dan seorang warganegara. Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 350 kes,” katanya dalam kenyataan.

 

image is not available

The post Covid-19: Kes baharu, pulih kekal empat digit appeared first on Selangorkini.