Mael Totey The Movie pecah rekod Polis Evo di Astro First

16 Nov 2020 • 4:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

FILEM Mael Totey The Movie (MTTM) telah berjaya  mendahului kutipan nombor 1 Astro First, sekaligus memecah rekod RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari.

Terdahulu, kutipan tertinggi di Astro First secara keseluruhan didominasi oleh filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).

Ternyata cita-cita dan usaha pengarah muda, Syahmi Sazli untuk mengetengahkan karyanya dengan kos pembikinan sepenuhnya ditanggung Syahmi berjaya menarik  perhatian.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan MTTM adalah satu sejarah dalam industri perfileman apabila filem daripada pengarah baru telah berjaya menandingi filem-filem pecah panggung di Astro First.

“Pihak Astro Shaw akan terus berusaha menerusi rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap yang lebih jauh, di samping menarik lagi minat orang ramai di luar sana untuk menontonnya.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton MTTM kerana anda telah memberi kepercayaan dan sinar buat penerbit tempatan untuk terus berkarya.

“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan dalam menghebahkan tentang filem ini kepada penonton di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Filem yang dibintangi selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem nombor 1 di Astro First, Mael Totey The Movie yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

 

The post Mael Totey The Movie pecah rekod Polis Evo di Astro First appeared first on Sinar Plus.