[VIDEO] “Bila orang terdekat positif, barulah sedar diri benda ni real” – Michael Ang

Politics
24 Nov 2020 • 2:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MENGAKUI dirinya sebagai kontak rapat kepada penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu, pengarah dan pelakon popular Michael Ang turut bergegas melakukan swab test.

Beliau bertindak sedemikian di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus itu selepas memperolehi keputusan semalam.

Katanya, beliau bertemu dengan Alif pada 11 November lalu ketika itu terserempak di sebuah kafe.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan menyampaikan sedikit pesanan kepada semua pengikutnya.

Katanya, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid- 19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun kini pandangan tersebut telah berubah.

“Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this covid is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena covid, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni.

“Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni.

“Sampai terfikir entah-entah semua ini ‘propa’… Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real.

“Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.

“This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena… Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang terrsayang,” katanya.

Pesan beliau, kepada yang tertanya-tanya tentang swab test serta yang pernah bertemu supaya tidak perlu risau kerana hasil keputusan adalah negatif.

Video tersebut telah ditonton lebih 140 ribu kali dan rata-rata pengikut mengucapkan syukur kerana keputusan diperolehi Michael Ang namun ada yang turut menasihati agar beliau melakukan swab test untuk kali ke-2 juga nanti.

Michael Ang juga memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Alif Satar.

Semoga bermanfaat dan sama-samalah kita memainkan peranan dan berusaha membendung wabak ini agar ia tidak terus menular.

Baca juga Berdepan detik cemas, jari Puteri Aishah terkoyak akibat hirisan pisau

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

The post [VIDEO] “Bila orang terdekat positif, barulah sedar diri benda ni real” – Michael Ang appeared first on Sinar Plus.