Sepanyol Akan Menyediakan Senarai Mereka Yang Menolak Vaksin Covid-19, Berkongsi Dengan Rakan Kerjasama EU

TechnologyDigital
29 Dec 2020 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sepanyol kini mengumumkan mereka akan menyediakan senarai nama rakyat mereka yang tidak ingin mendapatkan vaskin Covid-19 atau menolaknya, sekaligus akan berkongsi senarai tersebut dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah yang lain.

Perkara ini diumumkan oleh kementerian kesihatan di Sepanyol. Negara berkenaan kini mempunyai lebih 1.9 juta kes yang disahkan, dan kadar kematian telah melangkaui angka 50,000 orang.

Pelbagai negara kini telah mula mendapatkan vaksin dalam mengekang penularan sekaligus menjaga kesihatan rakyat. Pengambilan vaksin ini dilaksanakan secara sukarela di beberapa negara, termasuk Sepanyol.

Apa pun, kementerian kesihatan sana turut mengatakan mereka akan turut menghormati privasi pengguna. Senarai yang dikongsikan ini dikatakan akan menyerupai data perubatan yang lain, dan menghormati privasi setiap pengguna.