Tadika Persatuan Teo Chew Sekinchan terima bantuan kewangan RM6,000

27 Dec 2020 • 11:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 27 DIS: Taman Didikan Awal Kanak-Kanak (Tadika) Persatuan Teo Chew Sekinchan menerima bantuan kewangan RM6,000 bagi menampung kos operasi tahunan.

Ahli Dewan Negerinya Ng Suee Lim berkata sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan terhadap institusi yang kini menguruskan hampir 200 murid pra sekolah di Bagan Sekinchan.

“Dana disalurkan selepas kita meneliti permohonan dikemukan oleh persatuan terbabit demi menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar terutama ketika pandemik Covid-19.

“Usaha ini mampu mengurangkan perbelanjaan yuran bulanan murid sekali gus meringankan beban ibu bapa,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Speaker Dewan Negeri Selangor menambah setiap tahun Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan bantuan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di daerah itu.

The post Tadika Persatuan Teo Chew Sekinchan terima bantuan kewangan RM6,000 appeared first on Selangorkini.