Gempa bumi kuat di Jepun, Malaysia tidak terancam

21 Dec 2020 • 9:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 1.23 pagi tadi (waktu di Malaysia).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

The post Gempa bumi kuat di Jepun, Malaysia tidak terancam appeared first on Selangorkini.