Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan

26 Dec 2020 • 11:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 26 DIS: Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Raub, kira-kira 198 kilometer dari sini, dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 6 petang itu menjejaskan Jalan Dato Abdullah, Taman Raub Jaya 3, Jalan Tras dan kawasan berhadapan TM Point selain mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Taman Melati.

“Selain stesen bas lama, kedai-kedai di kawasan berkenaan turut dimasuki air, bagaimanapun tiada sebarang pemindahan dilakukan.

“Jalan-jalan di kawasan berkenaan juga tidak ditutup buat masa ini malah hujan mulai reda sekitar 8.15 malam tadi dan kawasan yang dinaiki air mulai surut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kama Azural berkata pihaknya akan meneruskan kerja-kerja pemantauan di lokasi yang terjejas.

– BERNAMA

The post Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved