Ikan liking makanan popular di Kota Belud, Sabah

FoodCooking
14 Dec 2020 • 6:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

JIKA di Sarawak popular dengan keenakan ikan terubuk masin, di Sabah pula terutamanya di daerah Kota Belud terkenal dengan perusahaan ikan liking.

Boleh dikatakan hampir kesemua gerai ataupun restoran di daerah terbabit pasti menjual hidangan berasaskan ikan liking seperti nasi goreng ikan liking.

Keenakan sajian tersebut semakin dirasai apabila dinikmati pula bersama cendol gula apong.

Secara ringkasnya, ikan liking atau ikan masin diperbuat daripada ikan talang segar. Selepas dijeruk menggunakan garam dan bersalut lada (jika ingin pedas) hasil laut itu akan dikeringkan sekurang-kurangnya antara tiga hingga empat hari.

image is not available
SELAIN nasi goreng, ikan liking atau ikan masin talang juga enak dimakan bersama nasi putih panas dan lauk sampingan.

Resipi ikan liking
Bahan-bahan:
– Beberapa keping ikan liking yang dipotong kecil
– 2 biji limau kasturi
– Cili padi (ikut kepedasan)
– Bawang holland (dihiris nipis)
– Sedikit minyak masak

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak lalu tumis ikan liking.
2. Kemudian, masukkan bawang holland dan cili padi.
3. Selepas itu, perahkan limau kasturi.
4. Siap untuk dinikmati bersama nasi panas dan lauk sampingan

Sumber: Norasikin Daineh dan Canva

The post Ikan liking makanan popular di Kota Belud, Sabah appeared first on Sinar Plus.