Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan Di Walk Of Fame Adelaide

22 Dec 2020 • 11:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Siapa yang tidak kenal dengan Penyanyi No 1 Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun, namanya juga begitu besar dan dikenali baik di dalam mahupun luar negara, namun orangnya begitu humble dan ‘low profile’.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila tersenarai sebagai 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh bersama pengacara dan usahawan, Neelofa.

Namun tidak sampai beberapa minggu, Tokti sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila diumumkan oleh Adelaide Festival Center sebagai antara 3 selebriti dan pengkarya yang namanya bakal diabadikan di Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia bagi tahun 2019.

Yang menariknya Tokti terpilih selepas memecahkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.

image is not available

Dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih bersama Tokti ialah pemuzik (pemain Didgeridoo) terkenal Australia William Barton yang dipilih menerusi kateogiri Pilihan AFCT dan koreaografer Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.

image is not available

image is not available

Lebih mencipta sejarah apabila Tokti adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya terpilih untuk diabadikan namanya disana.

image is not available

Yang pasti nama Siti Nurhaliza selepas ini bakal menjadi tatapan orang ramai di Walk Of Fame Adelaide sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia.

Sebagai rekod, setiap tahun Adelaide Festival Center akan menamakan 3 selebriti atau pengkarya terhebat dunia berdasarkan 3 kategori iaitu undian orang ramai, pilihan pengkritik dan pilihan AFCT.

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973.