Covid-19: Jumlah pulih 1,750 atasi kes baharu 1,012

8 Dec 2020 • 6:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 8 DIS: Kes sembuh Covid-19 mengatasi jumlah jangkitan baharu dengan mencatatkan 1,750 pulih berbanding 1,012 kes positif, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 417 kes diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes).

“Daripada jumlah kes baharu, tujuh ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan tempatan pula 1,005 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula ialah 10,862 kes.” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah terdapat empat kematian melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara yang kesemuanya di Sabah.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

image is not available

image is not available

The post Covid-19: Jumlah pulih 1,750 atasi kes baharu 1,012 appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved