Ini Ialah Rekaan Samsung Galaxy Buds Pro

TechnologyDigital
2 Dec 2020 • 10:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon telinga TWS yang seterusnya dari Samsung ialah Galaxy Buds Pro. Seperti yang kami telah laporkan sebelum ini, Samsung tidak akan lagi menggunakan rekaan berbentuk kacang Buds Live dan sebaliknya menggantikannya rekaan dengan dalam telinga biasa.

image is not available

@evleaks sebentar tadi telah meniriskan rekaan Buds Pro menerusi akuan Voice beliau. Rekaan luar Buds Pro adalah berbeza dengan Buds+. Kesemuanya berkilat tanpa warna berlainan untuk pad sesentuh pada bahagian sisi.

image is not available

Turut dapat dilihat ialah putik audio dan juga rekaan pod pengecas berbentuk empat segi seperti Buds Live. Buds Pro akan menyokong sistem pembatalan hingar aktif ANC. Ia dijangka dilancarkan serentak Samsung Galaxy S21 di awal 2021.