Facebook Mengalakkan Anda Menyambut Tahun Baru Di Rumah

TechnologyDigital
28 Dec 2020 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini mempromosikan penggunaan Messenger Rooms pada laman utama aplikasi Facebook, dan pada masa yang sama mengingatkan pengguna untuk menyabut tahun baru di rumah bersama-sama rakan melalui Messenger Rooms.

image is not available

Seperti ramai sedia maklum, Messenger Rooms menawarkan sokongan panggilan video kepada sehingga 50 orang, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk tujuan telesidang video, atau untuk kekal berhubung bersama rakan dan ahli keluarga.

Dengan promosi ini, ia sekaligus secara tidak langsung mengingatkan pengguna supaya tidak keluar dari rumah sekiranya tiada sebarang keperluan – dan sama-sama mengatasi penularan wabak Covid-19.