Apple AirPods Max Menyokong Sambungan Bicu Audio 3.5mm Dengan Kabel Berharga RM199

TechnologyDigital
9 Dec 2020 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple buat pertama kalinya telah hadir dengan set fon kepala tersendiri (bukan di bawah Beats) – AirPods Max. Set fon kepala ini membawakan teknologi AirPods Pro dan dijual pada harga RM2,399. Ia menyokong pembatalan hingar aktif, audio spatial, tambatan pantas dan turut hadir dengan kerangka pengecas yang aneh.

Seperti semua sedia maklum, semasa pelancaran iPhone 12 – Apple ingin mula menyelamatkan alam sekitar dengan tidak menyertakan pengecas pada produk-produk mereka (kecuali iPad buat masa ini). AirPods Max turut menerima nasib yang sama, yang mana hanya ada set fon kepala, kabel USB-C ke Lightning dan kerangka pengecas sahaja disediakan dalam pakej belian. Tiada kabel audio disertakan seperti Sony XM4, Bose, dan lain-lain jenama.

image is not available

Apple baru-baru ini telah mengemaskini kabel audio Lightning ke 3.5 mm. Sebelum ini, ia hanya menyokong Beats Solo Pro. Terkini, ia turut menyokong AirPods Max. Kabel ini dijual pada harga RM199 dan mempunyai pilihan warna putih atau hitam. Perlu dimaklumkan, yang kabel ini adalah kabel biasa dan wayarnya tidak kukuh seperti kabel bersulam pada Thunderbolt 3 Pro.

Apple juga telah menjual pad telinga bermagnet pada harga RM349, yang mana harga ini pengguna boleh membeli TWS premium yang lain. Atau lebih menarik tambah sedikit lagi wang, anda boleh memiliki Poco M3.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved