Lokasi berpusat tempatkan bengkel membaiki, elak sungai tercemar

1 Dec 2020 • 5:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GOMBAK, 1 DIS: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lokasi berpusat menempatkan bengkel menyimpan dan membaiki jentera berat di daerah ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata langkah tersebut diharap mengurangkan risiko pencemaran sumber air kerana kebanyakan bengkel terletak di tebing Sungai Rawang.

“Perkara paling utama adalah memastikan lokasi bengkel terletak jauh dari sungai kerana sering dikaitkan dengan insiden pencemaran.

“Contohnya struktur dirobohkan hari ini terletak hanya 20 meter dari sungai,” kata Ng Sze Han selepas meninjau operasi meroboh struktur bengkel berhampiran Taman Garing hari ini.

Pada 24 November, pihak berkuasa meroboh dua bengkel menyimpan dan membaiki jentera berat yang terletak hanya satu meter dari Sungai Rawang.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata lapan premis iaitu enam bengkel jentera dan dua kilang kitar semula yang dibina tanpa kebenaran di tebing Sungai Rawang akan diroboh.

The post Lokasi berpusat tempatkan bengkel membaiki, elak sungai tercemar appeared first on Selangorkini.