Pasar Awam Banting ditutup 10 hari untuk sanitasi

29 Dec 2020 • 4:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 DIS: Pasar Awam Banting ditutup 10 hari berkuat kuasa hari ini hingga 7 Januari depan bagi proses sanitasi, kata Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Yang Dipertua Dato’ Amirul Azizan Abd Rahman berkata kerja semburan premis diselia pihaknya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran serta Pejabat Kesihatan Daerah.

“Ia bagi memastikan sanitasi awam dilaksanakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya menyeru orang awam dapat bersabar dan memberi kerjasama sebaiknya,” katanya melalui hebahan di Facebook.

Beliau menjelaskan operasi berkenaan dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

image is not available

The post Pasar Awam Banting ditutup 10 hari untuk sanitasi appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved