Bugatti Dan Tidal Audio Bekerjasama Untuk Membangunkan Siri Pembesar Suara Premium Royale

TechnologyDigital
17 Dec 2020 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bugatti ialah sebuah jenama yang terkenal untuk kereta-kereta mereka yang bernilai berjuta-juta Ringgit. Syarikat tersebut mengumumkan kerjasama bersama-sama Tidal Audio, sebuah syarikat pembuat perkakasan audio dari negara Jerman untuk membangunkan siri pembesar suara premium untuk kasta kayangan.

image is not available

Gabungan idea rekaan Bugatti, bersama-sama dengan pengalaman pembuatan perkakasan audio berkualiti tinggi Tidal Audio, kedua-dua syarikat ini telah memperlihatkan siri pembesar suara dengan nama “Royale“.

image is not available

Dibawah siri Royale ini, terdapat dua model pembesar suara, iaitu Monocoque dan Duotone, dimana perbezaannya adalah dari siri kemasan yang boleh dipilih. Duotone hadir dengan kemasan berkilat dwi-warna, manalaka Monocoque memberi ruang untuk anda memilih bahan kemasan yang ingin digunakan, seperti gentian karbon, kain, kulit, logam besi dan sebagainya.

image is not available

Dari segi pembangunan komponen dalaman pembesar suara ini pula, setiap set Royale ini akan hadir dengan dua pembesar suara, dimana ia mempunyai empat pemacu subwoofer, dengan pemacu audio yang boleh menghalakan bunyi ke tiga arah. Ia juga disertakan dengan sebuah pengawal audio yang boleh digunakan untuk mengawal pelbagai sumber audio.

image is not available

Dalam pada itu, Bugatti juga akan memperkenalkan dua model edisi terhad pembesar suara Edition Noir dan Edition Blanc sebanyak 15 unit untuk pengumpul dan peminat Bugatti yang tegar.

image is not available

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah pembesar suara Bugatti Royale ini akan dijual, dan juga tanda harganya.