Vivo X60 Dan X60 Pro Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Dijana Cip Exynos 5nm, Kamera Zeiss, Zum Sehingga 60x

TechnologyDigital
29 Dec 2020 • 9:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo X60. Dua variasi diperkenalkan, iaitu Vivo X60 dan juga Vivo X60 Pro.

Variasi Vivo X60 Pro membawakan beberapa perbezaan berbanding model biasa, termasuk kapasiti bateri, selain menggunakan kamera dengan bukaan f/1.48 yang mana lebih besar berbanding variasi biasa pada bukaan f/1.79.

Selain daripada itu, penawaran yang dibawakan oleh kedua-duanya adalah lebih kurang sama.

image is not available

Vivo X60 dan Vivo X60 Pro hadir dengan skrin 6.56-inci dengan panel AMOLED dan kadar segar semula 120Hz, serta sokongan HDR10+. Selain itu, ia dijana cip Exynos 1080 5nm, menawarkan memori sehingga 12GB  RAM LPDDR5, serta storan sehingga 256GB UFS 3.1.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera 48-megapixel dibelakang dilengkapi sensor 13-megapixel ultra lebar, 13-megapixel potrait. Versi Pro turut menyertakan sensor tambahan 8-megapixel untuk sokongan zum sehingga 60x. Kedua-dua model menawarkan penjenamaan Zeiss.

image is not available

Untuk swafoto dan panggilan video, ia menggunakan kamera hadapan 32-megapixel.

Selain itu, untuk bateri, variasi  biasa hadir dengan bateri 4300mAh, sementara versi Pro pula hadir dengan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Kedua-duanya turut hadir dengan pengecascan berasaskan USB-C, selain pengimbas cap jari pada skrin.

Telefon pintar ini dijual di China pada harga bermula 3498 Yuan iaitu sekitar RM2169.