MB seru tingkat amalan menderma, bantu golongan tersisih

LocalPolitics
25 Dec 2020 • 2:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 DIS: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat memperbanyakkan amalan menderma dan membantu antara satu sama lain khususnya ketika pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan harus diutamakan kepada golongan yang tersisih dan bukan kepada diri sendiri, ahli keluarga atau sahabat sahaja.

“Virus ini memberi kesan besar bukan hanya kepada kesihatan awam dan umum sebaliknya juga kepada ekonomi serta keadaan sekeliling.

“Perayaan Krismas dirai sempena hari kelahiran Jesus atau dalam tradisi Islam Nabi Isa yang selalu mengingatkan kita supaya menghormati jiran dan sama-sama membantu serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi video ucapan Hari Natal yang disambut hari ini.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, Amirudin turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh penganut agama Kristian yang perayaan Hari Natal.

The post MB seru tingkat amalan menderma, bantu golongan tersisih appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved