Samsung Memadam Perkongsian Yang Mengejek Apple Tidak Menyertakan Kepala Pengecas Dalam Kotak

TechnologyDigital
24 Dec 2020 • 3:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pada  bulan Oktober lepas telah mengejek Apple, dan mengatakan siri peranti Galaxy hadir bersama-sama kepala pengecas dalam kotak. Apa pun, kini selang beberapa bulan, perkongsian berkenaan hilang dari Facebook – memberikan petanda Samsung mungkin telah memadamkannya.

image is not available

Perkara ini sekaligus seperti memberikan gambaran yang mana Samsung mungkin tidak akan menyertakan kepala pengecas pada siri Galaxy akan datang – selari dengan pelbagai desas-desus sebelum ini.

Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Pelbagai syarikat sebelum ini mengejek Apple apabila memperkenalkan telefon pintar dengan takut, serta membuang bicu audio – tetapi selang beberapa bulan, ramai yang turut mengikut trend berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved