UMobile Dan TM Mempunyai Tahap Aduan Telekomunikasi Paling Tinggi Pada 2019 – CFM

TechnologyDigital
10 Dec 2020 • 9:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CFM (Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini telah mengeluarkan laporan tahunan untuk tahun 2019, memperlihatkan sejumlah data berkaitan aduan pengguna melalui mereka.

Melalui data yang diterbitkan, pada tahun 2019 menyaksikan ramai pengguna yang membuat aduan berkaitan perkhidmatan selular mudah-alih U Mobile dan Webe yang dimiliki oleh Telekom Malaysia.

image is not available

Sementara untuk jalur-lebar pula, ramai yang membuat aduan berkaitan perkhidmatan Telekom Malaysia dan juga Time.

image is not available

Secara keseluruhan, antara yang banyak diadu adalah termasuk berkaitan gangguan perkhidmatan, liputan 4G/LTE yang rendah, selain disebabkan oleh bil yang salah, disamping kesukaran untuk bertukar ke talian lain melalui MNP.

image is not available

CFM turut berkongsi mengatakan kini mempunyai lebih 44.6 juta pelanggan talian selular, selain 7.1 juta untuk televisyen berbayar.