Nilai Bitcoin Melangkaui Angka RM100k

TechnologyDigital
27 Dec 2020 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada penghujung tahun, nilai Bitcoin sering memperlihatkan peningkatan, tetapi untuk tahun 2020 ini, ia memperlihatkan peningkatan lebih drastik berbanding kebiasaan.

Terbaru, selepas hanya  melepasi angka RM80,000 buat pertama kalinya pada minggu lepas, kini nilai Bitcoin telah pun melangkaui angka RM100,000.

Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin telah mencapai nilai RM107,866 – nilai tertinggi yang pernah dicatatkan sehingga ke hari ini.

Seperti ramai sedia maklum, Bitcoin adalah salah satu kriptowang yang diterima beberapa pihak – lebih meluas jikalau dibandingkan dengan beberapa kriptowang yang lain.