Netflix Ke Arena Podcast? – Membolehkan Mod Audio Sahaja Pada Aplikasi Android

TechnologyDigital
16 Dec 2020 • 10:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix sedia dikenali ramai sebagai perkhidmatan penstriman video yang menawarkan pelbagai rancangan televisyen dan juga filem. Kini, selain penawaran video, Netflix juga mula bereksperimen dengan sebuah ciri baru melalui aplikasi Android mereka, iaitu mod audio sahaja.

Dengan ciri baru ini, pengguna ditawarkan pilihan “Video Off” pada pemamin media, dan apabila ia ditekan, skrin digelapkan, dan hanya audio sahaja dimainkan.

Ciri baru ini sedang diuji dan diperkenalkan untuk segelintir pengguna sahaja.

Dengan langkah ini, anda boleh menjimatkan penggunaan data, dan pada masa yang sama melakukan tugasan lain sambil mendengarnya. Pengenalan mod ini mungkin sesuai untuk sejumlah kandungan – terutamanya seperti dokumentari, temuramah dan beberapa yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved