Peranti Samsung Mula Menerima Kemaskini Android 11 Dan One UI 3

TechnologyDigital
3 Dec 2020 • 10:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung hari ini mula memberikan kemas kini Android 11 dan pelancar One UI 3.0 kepada pengguna Samsung Galaxy S20 di Korea Selatan, Eropah dan Amerika Utara. Menerusi One UI 3.0, pelbagai penambahbaikan dilakukan pada antaramuka, animasi, tetapan dan ikon.

image is not available

Kemas kini akan diberikan terlebih dahulu kepada siri Galaxy S20 (S20, S20
+ dan S20 Ultra) sebelum kepada siri Galaxy Note20, Z Fold2, Z Flip, Note10, Fold dan siri S10 dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Peranti di bawah siri Galaxy A pula akan menerima Android 11 bermula separuh tahun pertama 2021.

Jika latar masa kemas kini Android 10 boleh digunakan semula, pengguna di Malaysia dijangka menerima Android 11 sebelum berakhirnya 2020.