Semua daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Khamis

11 Dec 2020 • 9:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 DIS: Semua daerah di negeri ini diramal mengalami hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga Khamis depan, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jangkaan dalam tempoh seminggu itu membabitkan Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ia diramal berlaku pada waktu pagi dan petang di satu dua tempat, sementara malam dijangka tiada hujan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di Selangor.

The post Semua daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Khamis appeared first on Selangorkini.