Samsung Galaxy S21 Disahkan Akan Menyokong S Pen

TechnologyDigital
12 Dec 2020 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ura-ura Samsung Galaxy S21 akan menyokong stylus S Pen telah mula didengari sejak tahun lalu dengan khabarnya siri Galaxy Note akan dihentikan. Semalam peniris maklumat Ishan Agarwal menghantar ciapan yang mengesahkan S Pen kelak akan disokong pada S21 Ultra.

Beliau menciap nombor model S Pen yang akan ditawarkan untuk S21 Ultra. Tidak seperti pada siri Note, Samsung dipercayai akan menyertakan kerangka khas yang turut berfungsi sebagai tempat simpanan S Pen apabila tidak digunakan. S21 Ultra tidak akan mempunyai tempat simpanan S Pen secara terbina. Ishan Agarwal mempunyai rekod yang baik meniriskan maklumat yang sahih sebelum ini.

Ini ialah berita baik dan buruk pada waktu yang sama. Buruk kerana ia menguatkan kebarangkalian Siri Note akan dihentikan. Baik pula kerana sekurang-kurangnya sokongan S Pen akan diteruskan pada siri Galaxy S.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved