Harga petrol RON95, RON97 naik tiga sen, diesel naik lima sen

4 Dec 2020 • 5:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik lima sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.70, RON 97 (RM2) dan diesel (RM1.90).

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” demikian menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

The post Harga petrol RON95, RON97 naik tiga sen, diesel naik lima sen appeared first on Selangorkini.