KDEBWM agih 145 kotak makanan asas kepada individu terjejas Covid-19

19 Dec 2020 • 9:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 19 DIS: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengagih 145 ‘Kotaq Infaq Covid-19’ kepada individu terjejas akibat pandemik.

Pengarah Urusan Ramli Mohd Tahir berkata penerima terdiri daripada asnaf, miskin bandar, orang kelainan upaya dan mereka yang hilang pendapatan.

“Sumbangan dengan kerjasama Syarikat Bidara Mills Sdn Bhd berupa barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sardin dan susu pekat dan pelbagai lagi.

“Sumbangan kali keempat ini dengan peruntukan RM10,800 adalah hasil terkumpul warga kerja KDEBWM,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pihaknya terpanggil untuk membantu golongan terbabit dan berharap sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

The post KDEBWM agih 145 kotak makanan asas kepada individu terjejas Covid-19 appeared first on Selangorkini.