Toyota Melancarkan Kereta Elektrik Ultra Kompak Pada Harga RM65,000

TechnologyDigital
30 Dec 2020 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerana jalan raya yang sempit, ruang tanah yang terhad dan penduduknya yang juga bertubuh kecil, kereta Kei dicipta di Jepun. Kenderaan bersaiz kecil ini amatlah popular kerana amat sesuai dengan keperluan bukan sahaja warga Jepun malahan turut popular di Malaysia. Evolusi seterusnya ialah menghasilkan kereta Kei elektrik.

image is not available

Di Jepun, Toyota C+pod telah dilancarkan sebagai kenderaan elektrik kompak yang hanya menempatkan dua orang penumpang. Kereta ini bergerak pada kelajuan maksimum 70 km/j dengan jarak perjalanan pula sekitar 150 km. Ia memang direka untuk digunakan untuk perjalanan pendek dalam bandar sahaja.

Oleh itu tiada ciri tambahan seperti swapandu, sistem hiburan yang canggih atau sistem pengecasan pantas. Ia sekadar ingin mempopularkan kenderaan elektrik di Jepun yang menawarkan ciri paling asas. Di Jepun Toyota C+pod dijual pada harga bermula 1,650,000 Yen (~RM 64503) sebuah.