Kamera Swafoto Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G Menerima Skor Sebanyak 100 Mata Dalam DxOMark

TechnologyDigital
2 Dec 2020 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, DxOMark telah berkongsi markah penanda aras untuk kamera utama Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G. Kini, giliran prestasi kamera swafotonya pula dikongsi menerusi kemaskini laporan baharu DxOMark.

image is not available

Melaluinya, peranti ini dilihat berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 100 mata. Ia sekaligus memposisikannya di tangga kelima setanding dengan Huawei nova 6 5G dan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G. Melaluinya juga, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G berjaya mencatatkan 104 mata untuk kemampuan fotografi dan 95 mata pula untuk kemampuan video.

image is not available

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera berfungsi dengan baik bersama pendedahan yang tepat. Bukan itu sahaja, fungsi autofokus juga pantas dan sistem imbangan putih dikatakan konsisten. Kritikan pula diberikan pada permasalahan hingar yang ketara, butiran pada imej agak kurang baik dalam pencahayaan rendah dan penstabilan video yang dikatakan gagal berfungsi dengan baik.