Dividen ASB 4.25 sen, pengagihan ehsan 0.75 sen

Business & Finance
23 Dec 2020 • 11:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bayaran ehsan sebanyak 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke 30 untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz secara maya hari ini yang turut disertai Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 seunit dan bonus 0.50 sen sementara pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit diumumkan manakala pada 2017 (dividen 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit) termasuk tambahan 1.00 sen seunit bagi bonus khas ulang tahun PNB.

Pada 2016 pula, PNB mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit manakala, pada 2015 (dividen 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit).

AKAN MENYUSUL