Badan beri amaran stres, amalkan 3 tip mudah ini

Health & Fitness
8 Dec 2020 • 6:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MUNGKIN sebahagian daripada kita pernah mengalami situasi seumpama ini. Tubuh badan cuba bertahan, tetapi pada masa sama ‘menjerit’ minta berehat. Apakah tanda jeritan tersebut?

Jawapannya, ialah stres yang mana ia merupakan cara tubuh bertindak balas terhadap segala permintaan berlebihan atau ancaman. Tindak balas tubuh berkenaan pada asalnya untuk melindungi kita.

Pada peringkat permulaan stres membantu individu lebih fokus, lebih bertenaga dan lebih alert. Misalnya, sebelum menduduki peperiksaan, stres mendorong kita belajar dengan lebih tekun.

Bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berterusan, maka ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kondisi tubuh badan.

image is not available
PUBLIC HEALTH MALAYSIA menunjukkan illustrasi tanda-tanda apabila tubuh tidak tahan bebanan stres.

Sekiranya stres berpanjangan, kesannya individu akan mengalami gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tegang otot dan sakit pinggang.

Jika korang berada dalam keadaan stres dan mula alami simptom sedemikian itu adalah tanda untuk kita berehat dan menenangkan minda seketika.

Tiga tip atasi stres

1- Aktiviti fizikal

image is not available
Luangkan masa kira-kira 30 minit setiap hari melakukan aktiviti fizikal yang diminati seperti berbasikal, berjoging, menari, menanam bunga ataupun membakar kek.

Secara tidak langsung, aktiviti tersebut membantu kita meredakan tekanan, sekali gus menyuntik mood ceria.

Artikel berkaitanAura mandi bunga, boleh buat di rumah dengan 4 langkah ini

2- Rawatan spa
Segera capai telefon pintar dan hubungi pusat rawatan kecantikan berhampiran untuk menjalani sesi urutan relaks. Pada masa sama, minta juruterapi menggunakan minyak pati yang memberikan ketenangan seperti haruman bunga lavender.

image is not available

3- Nikmati coklat
Jika enggan berbelanja sesi rawatan di spa atau berpeluh dengan aktiviti riadah, apa kata korang menonton televisyen kegemaran sambil menikmati coklat.

Ya, snek lazat tersebut cukup sinonim dengan kegembiraan dan membantu mengurangkan kemurungan serta stres termasuk membekalkan sumber tenaga.

image is not available

Coklat hitam misalnya, dikatakan baik untuk dimakan kerana mengandungi lebih 70 peratus nutrisi. Tambahan pula, kaya flavonoids dan antioksidan yang melindungi sel tubuh daripada penyakit.

Sumber: Public Health Malaysia dan Canva

The post Badan beri amaran stres, amalkan 3 tip mudah ini appeared first on Sinar Plus.