Kes Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 67 juta

7 Dec 2020 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MOSCOW, 7 DIS: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.

Pada Isnin terdapat 67,004,543 kes dengan angka kematian sebanyak 1,535,038 manakala jumlah individu yang pulih seramai 43,032,444, lapor agensi berita Sputnik.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal tiga negara teratas daripada segi jumlah kes diikuti Rusia berada di tempat keempat dengan lebih 2.4 juta kes.

– BERNAMA

The post Kes Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 67 juta appeared first on Selangorkini.