SHAH ALAM, 18 DIS: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor yang dijadual tamat 20 Disember disambung sehingga 31 Disember 2020, kata menteri kanan keselamatan.
Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dikecualikan daripada perintah itu.
“Di Selangor secara kumulatif sehingga 17 Disember 2020 sebanyak 22,931 kes positif direkodkan, berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes Covid-19 positif di 19 daerah-daerah perindustrian di Selangor.
“Bilangan kes Covid-19 dalam kalangan warga negara juga semakin meningkat,” katanta pada sidang media hari ini.
PKPB di Selangor dilaksana secara berperingkat bermula 14 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19.
The post PKPB Selangor lanjut hingga 31 Disember kecuali tiga daerah appeared first on Selangorkini.


