Shazam Untuk iOS Hadir Dengan Antaramuka Baharu Dan Versi Web Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta

TechnologyDigital
15 Dec 2020 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang kini dimiliki Apple. Aplikasi ini boleh mengecam muzik yang sedang dimainkan di sekeliling pengguna dan mencari nama penyanyi, judul, malah mungkin juga album. Hasil keputusan kemudian boleh dibuka melalui Spotify atau Apple Music.

image is not available

Terkini, versi untuk iOS telah dikemaskini dengan antaramuka serba baharu. Shazam yang terbaru masih mengekalkan ikon Shazam yang besar untuk pengguna tekan dan mengecam muzik. Tetapi, kini mempunyai card atau tetingkap yang boleh ditatal ke atas yang memaparkan senarai muzik yang pernah dikenalpasti oleh Shazam sebelum ini. Antaramuka ini lebih selari dengan rekaan moden iOS. Tetapi disebabkan aplikasi ini turut hadir untuk Android, ciri seperti mengakses menu/tetapan melalui butang tiga titik turut dikekalkan.

image is not available

Apple turut memperkenalkan sokongan pengecaman muzik melalui pelayar web. Tetapi ia masih dalam ujian beta lagi. Juga terhad kepada macOS dan Chrome OS sahaja melalui pelayar web Safari, Chrome, dan Firefox. Apple turut menjadikan fungsi menyelarikan hasil carian Shazam dengan Apple Music dan Spotify lebih baik. Tetapi ia terhad kepada salah satu sahaja dan tidak boleh selarikan kepada kedua-dua platform serentak.

image is not available

Dalam ujian kami, versi web ambil masa yang agak perlahan untuk mengecam sesuatu muzik. Tetapi apa yang penting, hasil carian adalah tepat dan boleh terus mainkan muzik yang dikenalpasti di Apple Music.